Thursday 10 May 2012

FIQAH 4 MAZHAB


Jika ada diantara umat Islam yang merasa benar hanya kerana nama gerakan dan mazhab pegangannya, maka sila perhatikan kenyataan Imam Zamaksyari berikut. Beliau lahir pada 467H/1075M dan meninggal 537H/1114, sesorang bermazhab Hanafi berkata:

jika mereka bertanya tentang mazhabku,
Aku berdiam diri lebih selamat,
Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,
Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan meminum arak,
Jika aku mengakui mazhab Syafi'e, mereka akan berkata: aku menghalakan berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.
Jika aku seorang mazhab Maliki, mereka berkata: aku mengharuskan memakan daging anjing,
Jika aku seorang mazhab Hanbali, mereka akan berkata:aku menyerupai Tuhan dengan makhluk,
Dan jika aku seorang ahli al-Hadis, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu"

Jelaslah bahawa seorang ulama tafsir Sunni sendiri telah menggambarkan bahawa nilai kebenaran bukan terletak pada nama mazhab atau gerakan. Ia hanya berdasarkan nas yang jelas. Yang HARAM itu jelas dan yang HALAL itu jelas. Allah itu Esa, Muhammad itu satu.........Al-Quran itu satu..........dan as-Sunnah juga satu............... Yang berbeza hanyalah kefahaman dan teknik istinbath dari keduanya.

No comments:

Post a Comment