KELAHIRAN AL-IMAM MUHAMMAD AL- MAHDI,AL-QA'IM,ABU AL-QASIM,SHAHIB AL-AMR,IMAM AZ-ZAMAN
Muhammad al-Mahdi dilahirkan dalam rumah kedua orang tua beliau, di kota Samarra, Iraq, menjelang terbit fajar subuh, hari jumaat, tanggal 15 Syaaban tahun 255 Hijrah, dari seorang ibu bernama Narjis binti Yasyu'a bin Qaishar raja Romawi. Ibunya, Narjis masih keturunan al-hawariyyun dan nasabnya bersambung ke Syam'un seorang wasi (pengemban wasiat) Nabi Isa al- Masih a.s. Diketahui berita kelahiran beliau, namun dirahsiakan proses kelahirannya, dalam keadaan bersih sudah berkhatan ( sebagaimana semua Imam).
Imam Hasan al-Askari meminta makciknya iaitu Sayidah Hakimah binti Muhammad al-Jawad untuk menemani persalinan isteri beliau. Al-Mahdi lahir langsung berlutut seraya mengangkat jari telunjuknya menunjuk ke langit serta beliau bersin lalu berdoa:"Segala puji milik Allah Tuhan semesta alam, selawat Allah kepada Muhammad dan keluarga baginda, (aku) adalah hamba yang ingat (zikir) kerana Allah, Aku tidak pernah bosan dalam berzikir, dan aku bukanlah orang yang menyombongkan diri."
Pada lengan kanannya terdapat tulisan yang bercahaya:"Telah datang kebenaran sinarlah kebatilan." Sedangkan pada setiap Imam (ulul-amri) tertulis pada lengan-lengan mereka dalam kelahiran,"Telah selesai kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan." (Surah al-Anam: 15)
Kesaksian Sayidah Hakimah binti Muhammad al-Jawad
Sayidah Hakimah berkata,"Pemimpin kita al-Mahdi, dilahirkan dalam keadaan sudah terkhatan. Aku tidak melihat setitis darah pun dari ibunya (dalam nifasnya). Beliau dilahirkan di saat fajar sidik (fajar subuh). Seluruh keluarga gembira kerana kelahiran itu. Kemudian Sayidah Hakimah bercerita lebih terperinci,"Abu Muhammad (Imam Hasan al-Askari) datang ke tempatku dan berkata," wahai makcikku,makanlah di rumah kami nanti malam. Sungguh Allah akan menampakkan hujjah-Nya di muka bumi." Aku bertanya"Siapakah ibunya?" Lalu jawabnya,'Narjis' Aku berkata: semoga Allah menjadikan aku tebusanmu,sungguh tidak ada tanda kehamilan padanya.'Lalu dia menjawab, Begitulah yang kukatakan padamu. aku pun datang ke rumah Imam Hasan al-Askari, mengucap salam dan duduk. Lalu Narjis menemuiku dan melepaskan dua sepatuku, kemudian dia berkata, 'wahai ratuku dan ratu keluargaku, bagaimana khabarmu? Aku menjawab, "Engkaulah ratuku dan ratu keluargaku? Ia mengelak ucapanku dan menjawap,' Ada apakah gerangan wahai makcikku? Aku menjawap: wahai puteriku, sungguh Allah S.W T akan menganugerahi mu di malam ini anak lelaki yang akan menjadi pemimpin di dunia dan akhirat. Maka ku lihat Nargis malu dan risih terhadap pujian tersebut. Setelah solat isyak aku makan lalu berbaring untuk tidur. Saat tengah malam aku bangun solat.Selesai solat, ku Lihat Nargis masih tidar dan tiada kejadian apapun. Aku pun duduk membaca doa dan berbaring, tiba-tiba Nargis bangun dari tidar lalu berdiri, solat, dan tidur lagi.Maka aku keluar mengamati fajar. Ku lihat fajar (kadzip) laksana ekor singa. Ku lihat Nargis masih tidur.Maka aku merasa bimbang.Tiba-tiba Abu Muhammad berkata,'Jangan tergesa-gesa makcik, sebentar lagi akan terjadi hal tersebut.'Maka aku pun duduk membaca surah alif lam mim as-Sajadahdan surah Yassin.Ketika aku sedang membaca, Nargis terbangun dari tidurdengan keadaan terkejut. Aku mendekatinya dan bertanya,"Nama Allah bersamamu? Apakah kau merasa kan sesuatu? Ia menjawap, 'Ya, makcik.'Aku katakan padanya,'Kuatkan hatimu, hal ini lah yang telah ku katakan pada mu dan akan terjadi.
Kemudian aku diliputi rasa mengantuk. Dia mengalami getaran perut dan bayi pun keluar. Aku tersedar dari tidur kerena tersentuh bayi (tuanku) ynag lahir. Maka ku buka penutup kainnya. Kulihat seorang bayi bersujud di tanah. Lalu kupeluk dia,ternyata bersih sekali.Ayahnya memanggilku,bawalah sini. Aku membawa bayi bersujud itu padanya dan dia menerima bayi itu dengan kedua tangannya mengangkat di bawah paha dab punggung bayi itu. Lalu Imam Hasan meletakkan telapak kaki bayi ke dadanya, kemudian membaca azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri, lalu mencium mulut bayi dengan lidah seakan meminumkan susu, lalu mengusapkan kedua mata, telinga, dan sendi-sendi bayi dengan tangannya dan meneguhkannya seraya berkata," Bicaralah wahai anakku.' Maka bayi itu berbicara,'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Tunggal tiada sekutu dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah.' Kemudian beliau membaca salawat untuk Nabi, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, dan para imam (ululamri) yang terhenti pada nama ayahnya, lalu menahan diri untuk meneruskan selawatnya. Berkata Imam Hasan al-Askari,'Wahai makcikku, bawalah dia ke ibunya.'Imam Hasan al-Askari berkata lagi padaku.'Jika nanti tiba hari ketujuh, makcik datang lagi ke tempat kami.'Esok paginya (hari kedua) aku datang.Kuucapkan salam padanya,ku buka tadbir untuk mencari tuanku (al-Mahdi).'Imam Hasan al-Askari menjawab,'Makcik,kami titipkan dia padanya sebagaimana ibunya Musa a.s menitipkan anaknya kepadanya.'
Pada hari ketiga aku sangat rindu pada waliyullah (Al-Mahdi). Maka aku mengunjungi mereka, aku langsung masuk ke kamar dimana Narjis ada di situ, namun tak kudapatkan sesuatu tanda dan zikir (suara) al-Mahdi. Kulihat ibunya memakai baju kuning dan kepala terbalut kain.Di sampingnya ada ayunan dan di atasnya ada kain yang berwarna hijau, lalu aku masuk menuju ruangan Abu Muhammad dan dia memulai pembicaraannya,'wahai makcikku, al-Mahdi ada dan dia dalam naungan, penjagaan dan pemeliharaan-nya.Allah telah merahsiakan dan mengghaibkannya dari manusia, kecuali Allah mengizinkannya (untuk melihat). Maka jika Allah telah mewafatkan aku, sedangkan engkau melihat pengikut-pengikutku berbeza pendapat tentang al-MAhdi, beritahukan masalah ini pada mereka yang dipercaya, berusahalah antara engkau dan mereka menjadikan persoalan ini tetap tertutup, kerana sungguh Allah menghaibkan al-Mahdi dari makhluk-makhluknya, dia Allah menghaibkannya dari hamba-hambanya. Maka tak seorang pun melihatnya sampai suatu saat Jibril memberikannya seekor kuda, dan merupakan kehendak Allah untuk menetapkan suatu urusan yang sudah ditetapkan.
Selanjutnya pada hari ketujuh aku datang lagi, kuucapkan salam lalu duduk. Imam Hasan al-Askari berkata,'Bawa kesini anakku, Aku datangi Tuan al-Mahdi.Dia berada dalam secarik kain, kuambil dia dan kuberikan pada ayahnya. Imam Hasan al-Askari melakukan sesuatu kepada puteranya,al-Mahdi,seperti yang telah ia lakukan kelmarin, lalu menjulurkan lidahnya ke mulut al-Mahdi seakan menyuapinya dengan susu dan madu.Lalu ia berkata, Bicaralah wahai anakku.Maka al-Mahdi membaca syahadat dan berselawat kepada Nabi s.a.w dan para Imam sampai pada nama ayahnya, kemudia membaca ayat, 'Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami(Allah) berkehendak untuk menganugerahkan kurni pada orang-orang yang dianggap lemah dibumi dan menjadikan mereka imam-imam juga para pewaris. Kami berikan mereka kedudukan di muka bumi, lalu kami perlihatkan pada Firaun, Haman, dan tentera mereka apa yang mereka takutkan.'(Surah al-Qasas :5-6)
Kemudian Sayidah Hakimah r.a meneruskan penuturannya, Suatu hari aku sangat merindukan al-MAhdi,Aku pergi ke rumah Imam Imam Hasan al Askari. Aku masuk ke kamar Narjis, dan menuju ke ayuan bayi. Ku buka kain penutupnya, maka kulihat al-Mahdi tidur terlentang, tidak terikat ataupun diselubungi dengan kain. Ia membuka matanya, dan memanggil-manggil dengan jarinya, lalu kuangkat dan kudekatkan ke mulutku untuk kukucupkan, maka aku mencium bau wangi darinya, tak pernah ku cium bau sewangi itu. Imam Hasan al-Askari memanggilku,"Wahai makcikku, bawalah ke sini anakku.' Kemudian aku mengangkatnya, dan ayahnya berbicara,'wahai anakku,aku titipkan engkau padanya,jadilah engkau dalam panggilan, penutupan, perlindungan,serta penjagaannya.' Lalu ayahnya berkata lagi,"Kembalikanlah ia ke ibunya wahai makcik, tutuplah khabar kelahiran bayi ini yang terjadi pada keluarga kami. Jangan kau ceritakan pada pun sampai ketetapan (Allah) sudah tiba waktunya.'Maka aku bawa al-Mahdi pada ibunya dan aku pun terus melambai kepada mereka.
Pada kesempatan lain sayidah Hakimah bercerita lagi,Aku masuk kerumah Imam Hasan al-Askari.Kulihat Maulana Shahib az-Zaman (al-Mahdi) sedang berjalan di dalam rumah, tak pernah kulihat wajah setampan dia dan bahasa sefasih bahasanya.Aku pun tersenyum bangga ketika orang bertanya,'Apakah anak saudaramu (Imam Hasan al-Askari) mempunyai keturunan? Aku menjawab,'Kalau al-HAsan tidak mempunyai generasi penerus,lantas siapakah yang akan jadi sumber hujjah(untuk manusia) setelah wafatnya?"
KESAKSIAN AHMAD BIN ISHAQ
Imam Hassan al-Askari menhirim surat kepada teman beliau iaitu Ahmad bin Ishaq bin Sa'ad bin Malik al Ahwas Asy'ari yang berada di Qum (sebuah kora di Iran). isi surat tersebut ringkasnya sebagai berikut ;" Telah lahir (seorang bayi) pada keluarga kami. Hal ini tetaplah menjadi masalah yang tertutup bagimu dan sembunyikanlah hal ini (khabar ini) dari seluruh manusia, kerana sungguh ksmi tidak memberi khabar kecuali orang terdekat dalam kekerabatannya (kepada al-Mahdi), dan orang yang menerima kepimpinannya. Kami mencintai mu sehingga kami memberitahumu. semoga engkau gembira kerana kelahirannya, sebagaimana kami gembira kerana hal ini." maka setelah Ahmad bin Ishaq menerima surat, dia datang ke Samarra dan bercerita." Aku masuk ketempat imam Hassan al-Askari bin Imam Ali al-HAdi semoga reda Allah kepada mereka berdua.Aku ingin menanyakannya tentang generasi penerusnya setelah wafatnya. Namun, beliau lebih dulu mengawali pembicaraan, "Wahai Ahmad bin Ishaq, sungguh Allah S.W.T. tidak megosongkan bumi semenjak diciptakan Adam a.s. sampai hari kiamat dengan (hamba) yang menjadi hujjah Allah terhadap seluruh makhluk (di bumi), sebab berkahnya diturunkan hujan, serta kemuliaannya Allah mengeluarkan keberkahan di bumi. "Aku bertanya, "Wahai putera Rasulullah, lalu siapakah imam dan khalifah setelah baginda? Imam Hasan al-Askari bangkit dari duduknya dengan cepat, lalu masuk kedalam rumah, kemudian keluar dengan membawa seorang anak lelaki diatas bahunya, wajahnya laksana bulan purnama, umurnya sekitar tiga tahun. Beliau berkata, "wahai Ahmad bin Ishaq kalau bukan kemuliaanmu disisi Allah S.W.T. dan disisi para hujjahnya (para Imam), tak akan ku tunjukkan anak ku ini kepada mu.Aku bertanya lagi, Wahai junjungan ku, apakah ada tanda yang membuat ku tenang? Seketika anak itu berbicara dengan bahasa Arab yang fasih,'Aku adalah Baqiyyah (hamba pilihan) Allah di bumi. Aku menyiksa musuh-musuh Allah. Jangan kau cari bekas (tanda) setelah kau lihat dengan mata kepala sendiri, wahai Ahmad bin Ishaq. 'Aku pin keluar dari rumah itu dengan bahagia dan gembira. Sebelumnya ayah al-Mahdi berpesan. Ini adalah urusan rahsia, serta keghaiban dari Allah. Ambillah hikmah pada apa yang ku sampaikan pada mu, lalu tutuplah masalah ini dan jadilah orang yang bersyukur. Kelak engkau bersama kami di 'Illiyyin' (tempat tertinggi di syurga).
KESAKSIAN KAMIL BIN IBRAHIM AL-MADANI
Dia adalah tokoh terhormat mazhab Mufawwidhah yang berubah dan menjadi baik Islamnya. Ia bertutur:" Teman-teman Iman Hasan al-Askari menganjurkan agar aku bertanya pada Imam Hasan al-Askari tentang beberapa persoalan, juga agar aku mencari tahu tentang kisah anak beliau yang baru lahir. Aku masuk ketempatnya, kuucapkan salam lalu aku pun duduk disebalah pintu dalam rumah. Dipintu itu ada tabir yang terhurai, tiba-tiba angin bertiup membuka pinggir tirai itu. Maka aku lihat anak laki-lakiberumur kurang lebih empat tahun, wajahnya rupawan laksana rembulan. Tiba-tiba anak itu berseru kepadaku.' Wahai Kamil bin Ibrahim.' Aku gemetar kerana hal itu, aku pun terilham untuk menjawab panggilannya,'Aku penuhi panggilanmu wahai tuanku'. Kemudian anak itu berkata lagi,'engkau telah datang pada waliyullah al-Imam al-Askari, dan engkau ingin menanyakan padanya sebuah pertanyaan bahawa apakah benar tidak akan masuk syurga kecuali orang yang mengenal dalam Ma'rifat kepada Imam-Imam ahlulbait dan berpendapat seperti pendapat kalian?' Aku pun menjawab:'Betul itu yang akan kutanyakan.' Al-Mahdi menjawab: 'Kalau begitu sedikit yang masuk syurga. Yang benar adalah demi Allah sungguh akan masuk syurga kelompok umat Islam yang disebut al-Haqqiyah. Aku (Kamil) bertanya,'Siapakah mereka wahai tuanku? Al-Mahdi berkata lagi.'Adalah kelompok yang kerana kecintaan mereka kepada Ali bin Abi Thalib a.s.mereka berani bersumpah demi kebenarannya. Padahal, mereka belum mengerti (dengan sesungguhnya tentang) apa itu kebenaran Ali dan apa itu keutamaan beliau.'Al-MAhdi meneruskan,; Engkau juga datang kesini ingin menanyakan pada Imam Hasan al-Askari, tentang pendapat orang-orang Mufawwidhah bukan? 'Aku menjawab: 'Betul tuanku.Al-Mahdi berkata:' Mereka telah berdusta (kerana mereka anggap Imam boleh menciptakan dan memberi rezeki). Yang betul adalah hati kami ini ibarat bejana-jana masyiatullah(kehendak Allah), maka jika Allah berkehendak kami baru berkehendak.'Allah berfirman:' Kalian tidak punya kehendak, kecuali Allah menghendaki (dengan kehendaknya). Setelah itu, tirai pintu kembali seperti semula (tertutup), aku tak boleh membukanya lagi. Ayah al-Mahdi melihat diri ku sambil tersenyum dan berkata:' Wahai Kamil, apa lagi kepentingan keberadaan mu disini, padahal argumentasi Allah setelah aku sungguh telah menerangkan pada mu apa yang jadi keperluan mu."
PERSAKSIAN ALI BIN IBRAHIM AL-AZDI
"Ketika aku sedang megerjakan tawaf yang keenam dan akan melanjutkan yang ketujuh, ku lihat sekumpulan orang disebelah kanan Kaabah. Di antara mereka ada seorang pemuda, tampan wajahnya, harum baunya, kharismatik dalam kewibawaannya, akrab degan orang-orang disekitarnya, tak pernah kulihat perbicaraan sebagus perbicaraannya, selembut tutur katanya. Dalam posisi duduknya yang baik, aku ingin mendekatinya dan berbicara dengannya, namun orang-orang menghalangku. Lalu ku tanyakan pada sebahagian mereka, Siapakah (lelaki) itu?. Mereka menjawab: "Ini putera Rasulullah, muncul satu hari setiap tahun hanya pada kalangan khusus, dan beliau berdialog dengan mereka. "
KESAKSIAN IBRAHIM BIN MUHAMMAD AT-TIBRIZIY
Yang meriwayatkan pembicaraan ini adalah sahabat yang ikut hadir bersamanya iaitu Ahmad bin Abdullah al-Hasyimi, Aku masuk kerumah Abu MuhammadHasan al-Askari bin Ali al-Hadi secara sembunyi-sembunyi pada hari wafat beliau dan jenazah beliau pun sudah dikeluarkan dan diletak diruang tamu. Hadirin berjumlah tiga puluh sembilan orang laki-laki. Kami pun duduk menunggu, sampai ketika seorang anak lelaki muncul di hadapan kami, umurnya sekitar sepuluh tahun. Dia memakai rida' (syal cadar) yang menutupi kepalanya. Ketika dia muncul kami bangun dari duduk kerana kewibawaan anak itu, walaupun kami belum tahu siapa dia. Dia maju di depan orang-orang, maka mereka membuat barisandi belakangnya. Lalu dia pun memimpin solat jenazah. Setelah selesai dia masuk kedalam rumah.
KESAKSIAN MUHAMMAD BIN USMAN AL-AMRI
Muhammad bin Usman al-Amri adalah wakil al-Mahdi yang kedua. Ia berkata: "Aku melihat pada akhir perjanjian ku dengan beliau di Baitullah al-Haram beliau berdoa" "Ya Allah, sempurnakan lah apa yang telah Engkau janjikan padaku.' Pada dinding Kaabah di al-Mustajar beliau berdoa lagi, "Ya Allah, hukumlah musuh-musuh ku."
Selain tokoh-tokoh yang menyaksikan kelahiran dan keberadaan Imam Mahdi yang disebutkan diatas, masih banyak saksi yang melihat dan bertemu dengan Imam Mahdi sebelum beliau ghaib. Diantara mereka adalah Dharif dan Abu Ghaim, pembantu rumah Imam Hasan al-Askari; lalu Nasm juga seorang pembantu perempuan yang mengurusi rumah Imam Hasan al-Askari dan menyaksikan langsung serta melihat al-Mahdi, setelah sepuluh hari kelahiran beliau. Dia bersin di depan al-Mahdi, maka al-Mahdi mendoakannya, "Semoga Allah merahmatimu." Lalu al-Mahdi berkata padanya," Mahukah ku beri khabar gembira padamu tentang manfaat bersin? bersin jaminan keamanan dari kematian selama tiga hari." Juga salah satu saksi yang melihat al-Mahdi adalah ya'qub bin Mangua.Lalu ada rombongan dari kota Qum, kemudian Abdullah bin Shaleh, Ibrahim bin Mahziyar bersama anaknya Muhammad, Ali bin Bilal, Muhammad bin Muawiyah bin Hakim, Hasan bin Ayyub bin Nuh, Abul Adyan, Abu Suhail, Ismail bin Ali an-Naubakhti, Abu al-Hasan adh-Dharrab al-Isbahani, Rasyid al-Asad Abadi,Abu Rajih al-Hamami, Kamil bin Ibrahim, Rasiq Sahih al-Madaray.
Apabila kita melihat banyaknya saksi mata yang membuktikan kelahiran Imam Mahdi, serta mengetahui siapa sebenarnya Imam Mahdi, baik dari tahun kelahiran, salsilah yang jelas bersambung kepada Rasulullah s.a.w. mahupun ciri-ciri lahiriahnya, apakah masih perlu terjadi perselisihan di kalangan sejarawan Islam? Apalagi pertentangan sejarah di kalangan orang awam yang jahil dalam pengkajian sejarah? Jelas hal itu sangat sia-sia dan berakibat buruk bagi peradaban dunia Islam, bahkan tidak menutup kemungkinan perbezaan itu melahirkan kesesatan serta penyesatan bagi orang-orang yang suka menghebohkan keakuannya demi kepentingan eksistensi di tengah masa pengikutnya. Dari masalah ini muncul kebohongan yang terbungkus untaian mutiara, dalil-dalil yang di anggap kebenaran mutlak, padahal hanya produk batil yang dikonsumsikan dengan paksa.
Dalam Tasfsir al-Burhan diriwayat dari Ibn Babawaih dengan mengambil sanadnya dari Jabir bin Anshari r.a ,berkata, " Ketika Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w:"Hai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah Rasulnya dan Ululamri yang diantara kamu. Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul(sunnahnya), Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya," (Surah an-Nisa : 59).
Jabir r.a berkata:"Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w."Wahai Rasulullah, kami sudah mengenal (makrifat) kpd Allah dan Rasulnya. maka siapakah ululamri yang Allah menyertakan ketaatan kepada mereka dengan ketaatan kepadamu?? Maka Rasulullah menjawap, " Mereka adalah khalifah-khalifahku, wahai jabir,dan pemimpin untuk orang islam setelah aku wafat." Yang pertama dari mereka Ali bin Abi Thalib ( al-Murtadha), kemudian Hasan (al- Mujtaba ), lalu Husain (as- Syahid),Ali bin Husain ( Zain Al-Abidin), lalu Muhammad al- Baqir bin Ali yang terkenal dalam Taurat dengan gelar al Baqir (Yang dalam ilmunya), engkau akan bertemu dengannya, dan jika kau berjumpa dengannya sampaikanlah salamku padanya, Lalu ash-Shadiq yang bernama Jaafar bin Muahmmad,lalu Musa bin Jaafar (al-Kazhim),setelahnya Ali bin Musa (ar- Ridha), kemudian Muhammad bin Ali (al-Jawad), lalu Ali bin Muhammad (al-Hadi),dan Hasan bin Ali( al- Askari), kemudian yang terakhir namanya sama dengan namaku iaitu Muhammad dan sebutannya sama dengan sebutanku (Abul Qasim), dialah Hujjah Allah di buminya, Baqiyyah(pilihan di antara hamba-hambanya) anak dari Hasan (al-Askari) bin Ali (al-Hadi).Dialah yang Allah berikan kemenangan dengan kedua tangan kekuasaannya, memimpin timur dan barat dunia, dialah yang akan ghaib dari pengikut-pengikut dan wali-walinya, dengan masa keghaiban yang menyebabkan lahirnya berbagai pendapat untuk mengingkari kepimpinannya (imamah dan wilayahnya), kecuali yang telah mendapatkan anugerah keimanan di hatinya. Jabir r.a berkata," Aku bertanya kepada Nabi,"Wahai Rasulullah apakah ada manfaat yang boleh didapat oleh pengikut-pengikut (al-Mahdi) dalam keghaiban beliau ? Nabi s.a.w menegaskan,"Sudah pasti, demi Allah yang telah mengutuskan dengan kenabian, sungguh mereka pengikut-pengikut al-MAhdi mengambil cahaya ( nur al- Mahdi), dan memperoleh manfaat dari kepimpinannya (wilayahnya) walau mendung menghalanginya. Wahai Jabir, masalah ini adalah termasuk rahsia Allah yang tersembunyi, dalam ilmu Allah yang tersimpan. Maka tutuplah masalah ini kecuali kepada orang-orang yang memang berhak memahaminya.
Cuba kita bertafakur sejenak, jika umat Islam ini tidak mempunyai "pemimpin tunggal" dalam perjalanan kehidupan mereka, lalu kita renungkan pula, jika seorang Imam terlahir dan dilantik dari hasil musyawarah bersama, berapa banyak imam-imam dan figur-figur yang bakal muncul? Tentu setiap orang yang berpengetahuan akan berharap untuk menjadi figur pemimpin. Lalu masyarakat yang merasa lebih terpelajar dan moden pasti menghendaki calon mereka yang pantas menjadi pemimpin dunia.
Alangkah kacau dan rumit prinsip hidup ini, jika setiap orang memaksakan idea dan gagasannya untuk di terima sebagai prinsip hidup manusia. Maka tatanan kehidupan umat manusia pasti mengalami kehancuran yang mengerikan.
No comments:
Post a Comment