Golongan Syiah

Syiah Ahlulbait:
Daripada Wikipedia


Dalam tradisi Islam, Ahlul Bait (Bahasa Arab: أهل البيت‎; harfiah: "Orang Rumah"; ertinya: keluarga) ialah istilah yang mengarah kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Terjadi perbezaan dalam penafsiran baik Muslim Syiah mahupun Ahli Sunah WaljamaahAhli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa Ahlul Bait adalah keluarga Muhammad dalam erti luas, meliputi isteri-isteri, anak-anak dan cucu-cucunya. Sementara golongan Syiah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang iaitu Ali bin Abi TalibFatimah az-Zahra, Hasan dan Husain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping baginda sendiri).
Mereka yang di bawah ini tidak diiktiraf Syiah.
Anak-anak Nabi
  • al-Qasim, anak Khadijah
  • Abdullah, anak Khadijah
  • Ibrahim, anak Maria
Cucu Nabi Muhammad yang mati semasa kecil
  • Abdullah - anak Ruqayyah
  • Ali - anak Zainab

Syiah Imamiyyah (12 Imam)

Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia.
Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia.
Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Isna Ashariah (Imam 12) kerana mereka menentukan 12 imam iaitu:
1. Ali bin Abu Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Hasan (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah. Pengikut Imamiah percaya beliau akan lahir menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.
Kemudian mereka berpecah pula kepada beberapa fahaman yang mempunyai pegangan dan akidah yang berlainan antara satu sama lain, Sebahagiannya terpesong daripada ajaran Imam Jaafar as-Sadiq.
BAQIRIAH DAN JAAFARIAH
Mereka adalah pengikut kepada Muhammad Baqir, imam yang ke-5 menurut senarai imam-imam mereka. Mereka juga pengikut anaknya Imam Jaafar as-Sadiq iaitu imam yang ke-6. Para pengikutnya berkata, kedua-duanya adalah imam seperti Zainal Abidin yang menjadi imam sebelum daripada keduanya, tetapi di kalangan mereka ada yang berpendapat:
1. Yang menjadi imam mesti daripada keturunan mereka berdua.
2. Yang menjadi Imam adalah Ali, kemudian sumber menetapkan Hasan, diikuti Husain, kemudian kepada anaknya yang bernama Ali kemudian kepada Baqir. Sekiranya Baqir masih hidup, beliau dikatakan bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.
Walau bagaimanapun, Baqir meninggal dunia sebelum menepati ramalan mereka. Mereka melantik anaknya iaitu Jaafar menjadi imam. Imam Jaafar as-Sadiq tinggal di Madinah. Golongan Syiah menganggap Jaafar mempunyai rahsia-rahsia ilmu. Jaafar berpindah ke negara Iraq. Beliau menolak sekeras-kerasnya pendapat-pendapat yang yang diada-adakan oleh mereka yang mendakwa sebagai pengikutnya dan pendapat itu bercanggah dengan Islam. Antara fahaman mereka: Hilangnya imam, berpindah roh orang yang mati ke dalam roh orang-orang yang masih hidup atau kembali semula ke alam dunia selepas mati, menyerupakan Tuhan dengan makhluk, menolak fahaman Muktazilah, Jabariah dan penyelewengan-penyelewengan yang lain dan melaknat sekeras-kerasnya mereka yang menyeleweng itu. Namun, pengikut-pengikutnya berpecah selepas beliau meninggal dunia, antaranya:
Nawusiah
Pengikut bernama Nawus dan sebahagian sarjana menamakannya Ibnu Nawus. Mereka berpendapatJaafar as-Sadiq dipilih menjadi imam berdasarkan sumber daripada Imam Baqir. Jaafar as-Sadiq dipercayai masih hidup hingga sekarang dan beliau bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman. Ada juga yang berpendapat, Ali akan hidup semula bagi memenuhi bumi dengan keadilan. Kemudian golongan yang bernama Saba’iah bergabung dengan golongan ini.
Al-lfthahiah atau Al-A’mariah
Mereka adalah pengikut Amar yang disandarkan kepada Abdullah al-Aftah, anak Imam Jaafar as-Sadiq. Mereka percaya, Imam Jaafar berpesan supaya melantik anaknya Abdullah menjadi imam. Namun, Abdullah meninggalkan dunia 70 hari selepas ayahnya meninggal dunia.
Al-Sumaitiah
Mereka adalah pengikut Yahya bin Abi al-Syumaith yang juga menjadi pengikut kepada al-Muhtar bin Abi Ubaid al-Thaqafi dan terbunuh bersamanya. Mereka berpendapat, imam itu dilantik melalui sumber daripada Imam Jaafar kepada anaknya. Manakala bakal Imam Mahdi adalah daripada kalangan anak-anaknya. Imam itu dipilih daripada anak-anak Imam Jaafar secara turutan iaitu Ismail, Muhammad, Abdullah al Aftah dan Ishak.
AL-MUSAWIYAH DAN AL-MAFADLIAH
Mereka adalah kumpulan yang percaya yang menjadi imam adalah Musa binjaafar al-Kazim. Ketua kumpulan ini adalah al-Faisal bin Umar. Mereka percaya, Musa al-Kazim masih hidup. Beliau pernah dibawa masuk berjumpa dengan Khalifah Harun ar-Rashid dan tidak keluar lagi. Beliau juga diramal akan keluar menjadi Imam Mahdi. Menurut sejarah, Imam Musa ditahan kemudian meninggal dunia (syahid) kerana diracun. Kemudian golongan ini berpecah pula kepada beberapa fahaman:
Al-Maaturah
Mereka yang berpendapat tidak tahu sama ada Imam Musa masih hidup atau sudah mati.
Al-Quda’yah
Mereka yang mengambil keputusan Imam Musa sudah mati.
Al-Waqifah
Mereka yang berpendapat, Imam Musa tidak mati sebaliknya beliau akan lahir semula selepas ghaib.

Syiah Ithna Ashariyyah (12 Iman)

Mazhab Syiah Ithna Ashariyyah mempercayai bahwa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat.[1] Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Perlantikkan imam pertama, Iaitu Imam Ali yang juga Kalifah keempat golongan Muslim Sunni di umumkan secara rAsmi pada peristiwa di Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.
Mengikut Mazhab Syiah, Malaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh atau Pengumuman yaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat. Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syaih Imam Duabelas ialah pengumuman resmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda. Penguguman tidak resmi mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang hayat Rasulullah s.a.w. dan dilapurkan dalam hadith-hadith.
Pertikaian tentang maksud Mawla menyebabkan kepimpinan Ali a.s. tidak diiktiraf oleh kesemua umat Islam ketika itu dan mengakibatkan perpecahan umat Islam kepada puak Sunni dan Syiah.
Selepas Ali a.s., Syiah mempercayai bahwa Allah menghantar nas-nas yang menunjukkan siapakah Imam seterusnya. Imam bukanlah pilihan peribadi tetapi melalui nas-nas Allah s.w.a. Imam selepas Rasulullah s.a.w. hanya 12, bertepatan dengan Hadith Sunni maupun Syiah yang mengatakan bahwa selepas Rasulullah, terdapat 12 orang Khalifah. Syiah menganggap Imam dan Mawla adalah juga Khalifah yang sah (kerana di lantik oleh Allah s.w.a. sendiri).
Imam kedua belas mereka ialah Imam Mahdi yang dikatakan sudah lahir dan masih wujud dan akan muncul untuk melawan Dajjal sebelum Hari Kiamat. Umat Islam yang mati tanpa mengetahui siapa Imam mereka dianggap mati seperti di zaman Jahilliyah, menurut pandangan mazhab Syiah.


akan bersambung....